Monday, June 22, 2009

Nasi Ambang Jawa

Selepas menulis entri Nasi Kerabu Kelantan penulis teringat akan satu makanan di Johor yang pernah penulis rasai suatu ketika dahulu iaitu Nasi Ambang. Penulis klasifikasikan nasi ini sebagai setaraf dengan Nasi Kerabu Kelantan kerana kemajmukan lauk dan side dish yang terdapat di dalamnya.

Nasi Ambang atau ambeng ini adalah makanan tradisi masyarakat Melayu Jawa yang biasanya dihidangkan semasa majlis keramaian seperti kenduri, tahlil arwah dan lain-lain. Keunikan nasi ini ialah ia dihidangkan untuk 3-5 orang didalam satu talam bulat dan dimakan secara beramai-ramai. Namun, nasi tersebut tidak dimakan di tempat tersebut sebaliknya tuan rumah akan membekalkan pembungkus supaya makanan tersebut boleh dibawa pulang dan dimakan bersama keluarga di rumah.

Hidangan Nasi Ambang mengikut pembacaan saya boleh mencapai 21 jenis lauk, namun mutakhir ini lauk-lauk tersebut telah dikurang antara 4-8 sahaja. Antara bahan yang biasanya ada untuk menyediakan Nasi Ambang zaman sekarang ini ialah :-

- ayam masak kicap/pedas/goreng/rendang
- sambal goreng
- serunding kelapa
- mee hun/mi kuning goreng
- ikan kering
- tempe goreng / tempeyek
- ulam mentimun

Setakat ini, Nasi Ambang majoritinya mudah didapati di Johor dan di negeri-negeri lain masih susah untuk jumpai, jadi keunikan nasi ini masih misteri lagi. Jika berkunjung ke Johor jangan lupa mencuba Nasi Ambang ini.


p/s: klik tag gambar untuk ke laman web pemilik.