Sunday, June 21, 2009

Nasi Kerabu Kelantan

Nasi Kerabu Kelantan adalah antara makanan yang unik di Malaysia. Ia tidak sama lansung dengan nasi goreng kerabu ataupun memakan nasi putih bersama sebarang kerabu (e.g: kerabu mangga, kerabu jantung, kerabu perut dll). Nasi Kerabu Kelantan terbahagi kepada dua jenis, pertama nasi kerabu tumis dan kedua nasi kerabu ulam.

Nasi Kerabu Tumis dimakan bersama dengan kuah tumis seakan-akan tumis percik, manakala nasi kerabu ulam samada berwarna kuning ataupun berwarna biru. Bagi nasi kerabu ulam biru, warna biru ini didapati daripada Bunga Telang Biru, Blue Pea atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea. Bagi yang tidak mengetahui, ramai memanggilnya sebagai bunga nasi kerabu. Bunga ini banyak ditanam oleh kaum cina kerana mereka membuat kueh dengannya iaitu pulut tai tai yang khusus semasa hari perkahwinan.


Antara lauk yang biasa menemani nasi kerabu iala ikan celup tepung, telur masin, daging bakar, ayam goreng biasa atau berempah. Antara ulam yang terdapat bersamanya ialah daun kesom, kacang panjang@kacang botol, mentimun, daun serai dan bunga kantan.
Suka diingatkan bahawa, menjadi kewajipan dalam hidangan nasi Kerabu Ulam ialah BUDU yang sememangnya menjadi trademark kepada Kelantan. Bagi yang tidak tegal dengannya, anda bolehlah minta digantikan dengan sambal belacan atau sambal garam.

Nasi Kerabu ini merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu kelantan. Namun hari ini kita dapat menikmati makanan ini diseluruh negara dengan bertebarannya anak-anak Kelantan yang berniaga makanan diluar tanah Cik Siti Wan Kembang.

Nasi Kerabu Tumis

Nasi Kerabu Ulam (biru)


Nasi Kerabu Ulam (Kuning)


p/s: klik pada tajuk gambar untuk ke laman pemilik



No comments:

Post a Comment