Monday, June 22, 2009

Nasi Ambang Jawa

Selepas menulis entri Nasi Kerabu Kelantan penulis teringat akan satu makanan di Johor yang pernah penulis rasai suatu ketika dahulu iaitu Nasi Ambang. Penulis klasifikasikan nasi ini sebagai setaraf dengan Nasi Kerabu Kelantan kerana kemajmukan lauk dan side dish yang terdapat di dalamnya.

Nasi Ambang atau ambeng ini adalah makanan tradisi masyarakat Melayu Jawa yang biasanya dihidangkan semasa majlis keramaian seperti kenduri, tahlil arwah dan lain-lain. Keunikan nasi ini ialah ia dihidangkan untuk 3-5 orang didalam satu talam bulat dan dimakan secara beramai-ramai. Namun, nasi tersebut tidak dimakan di tempat tersebut sebaliknya tuan rumah akan membekalkan pembungkus supaya makanan tersebut boleh dibawa pulang dan dimakan bersama keluarga di rumah.

Hidangan Nasi Ambang mengikut pembacaan saya boleh mencapai 21 jenis lauk, namun mutakhir ini lauk-lauk tersebut telah dikurang antara 4-8 sahaja. Antara bahan yang biasanya ada untuk menyediakan Nasi Ambang zaman sekarang ini ialah :-

- ayam masak kicap/pedas/goreng/rendang
- sambal goreng
- serunding kelapa
- mee hun/mi kuning goreng
- ikan kering
- tempe goreng / tempeyek
- ulam mentimun

Setakat ini, Nasi Ambang majoritinya mudah didapati di Johor dan di negeri-negeri lain masih susah untuk jumpai, jadi keunikan nasi ini masih misteri lagi. Jika berkunjung ke Johor jangan lupa mencuba Nasi Ambang ini.


p/s: klik tag gambar untuk ke laman web pemilik.




Sunday, June 21, 2009

Nasi Kerabu Kelantan

Nasi Kerabu Kelantan adalah antara makanan yang unik di Malaysia. Ia tidak sama lansung dengan nasi goreng kerabu ataupun memakan nasi putih bersama sebarang kerabu (e.g: kerabu mangga, kerabu jantung, kerabu perut dll). Nasi Kerabu Kelantan terbahagi kepada dua jenis, pertama nasi kerabu tumis dan kedua nasi kerabu ulam.

Nasi Kerabu Tumis dimakan bersama dengan kuah tumis seakan-akan tumis percik, manakala nasi kerabu ulam samada berwarna kuning ataupun berwarna biru. Bagi nasi kerabu ulam biru, warna biru ini didapati daripada Bunga Telang Biru, Blue Pea atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea. Bagi yang tidak mengetahui, ramai memanggilnya sebagai bunga nasi kerabu. Bunga ini banyak ditanam oleh kaum cina kerana mereka membuat kueh dengannya iaitu pulut tai tai yang khusus semasa hari perkahwinan.


Antara lauk yang biasa menemani nasi kerabu iala ikan celup tepung, telur masin, daging bakar, ayam goreng biasa atau berempah. Antara ulam yang terdapat bersamanya ialah daun kesom, kacang panjang@kacang botol, mentimun, daun serai dan bunga kantan.
Suka diingatkan bahawa, menjadi kewajipan dalam hidangan nasi Kerabu Ulam ialah BUDU yang sememangnya menjadi trademark kepada Kelantan. Bagi yang tidak tegal dengannya, anda bolehlah minta digantikan dengan sambal belacan atau sambal garam.

Nasi Kerabu ini merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu kelantan. Namun hari ini kita dapat menikmati makanan ini diseluruh negara dengan bertebarannya anak-anak Kelantan yang berniaga makanan diluar tanah Cik Siti Wan Kembang.

Nasi Kerabu Tumis

Nasi Kerabu Ulam (biru)


Nasi Kerabu Ulam (Kuning)


p/s: klik pada tajuk gambar untuk ke laman pemilik



Wednesday, June 17, 2009

Perihal Blog

Laman ini berkongsi tentang aneka jenis makanan yang terdapat di Malaysia khususnya dan luar negara amnya. Disini, akan dipaparkan koleksi-koleksi resepi sebagai rujukan yang dikutip dari pelbagi sumber khususnya di internet dan sumber-sumber persendirian untuk menjadikan laman ini sebagai gedung resepi makanan online.

Sebarang perkongsian resepi adalah amat dialu-alukan.

:minimo_11::bofu_45::bofu_13::bofu_12::bofu_07: